Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 11 Mei 2009

FAKTA YANG ORANG UMNO TIPU RAKYAT MENGENAI KES PERAK - malaysiakini

Malaysiakini

kemaskini 8.34pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Pertandingan Paint Ball AMK Bahagian Pulau Pinang - malaysiakini

10 may 2009 di Combat Field Permatang Tinggi Bukit Mertajam berlansung pertandingan paintball terbuka Angkatan Muda Keadilan anjuran Angkatan Muda Bahagian Batu Kawan dengan kerjasama Unit Ehsan Pulau Pinang.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan mendapat sambutan menggalakan dengan penyertaan lebih dari 80 orang peserta. Antara bahagian AMK yang mengambil bahagian ialah dari Angkatan Muda Bahagian Balik Pulau, Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru, Angkatan Muda Bahagian Bukit Mertajam, Angkatan Muda Bahagian Kepala Batas, Angkatan Muda Bahagian Tasek Gelugor, Angkatan Muda Bahagian Permatang Pauh, Angkatan Muda Bahagian Batu Kawan,Angkatan Muda Bahagian Nibong Tebal dan rakan-rakan dari Angkatan Muda Kedah.

Perasmian dilakukan oleh Dr Mansor Othman calon Parti KeADILan Rakyat bagi PRK Penanti. Turut sama hadir memeriahkan pertandingan ialah Exco Kerajaan Negeri P.Pinang YB Law Choo Kiang- ADUN Batu Kawan , YB Ong Chen Wen - ADUN Bukit Tengah dan YB Sim Tze Tzin- ADUN Pantai Jerjak.

Dibawah disertakan gambar-gambar di sepanjang pertandingan tersebut.
Sesi Bergambar Antara Peserta bersama Dr Mansor Othman,YB Law Choo Kiang & YB Ong Chin Wen

Azman Nasruddin Timbalan Ketua AMK Negeri Kedah

Dr. Mansor Othman memberi kata-kata semangat serta merasmikan program


YB Sim berbaju putih berkaca mata memerhatikan peserta tournament


Pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim En Zainol serta pengiring Dr Mansor Othman


"Peace" faizal AMK balik pulau

Zulkifli Ibrahim Exco AMK Malaysia sedang memberi taklimat program,di sebelah beliau YB Ong Chin Wen ADUN Bukit Tengah,YB Law Choo Kiang ADUN Bukit Tambun yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang & Dr Mansor Othman



Amizuddin Ahmat Exco AMK Malaysia yang juga Ketua AMK Kepala Batas (Tengah sambil cekak pinggang)
Sdr Azhar Setiausaha AMK Tasek Gelugor & Ridzwan Jemputan AMK Kedah

Calon Exco AMK Malaysia daripada AMK Kedah

Para wartawan

Alat Keselamatan "MASK"

AMK Tasek Gelugor

Senjata untuk perang

Sedang Isi Borang Insurans

Zulkifli Ibrahim Exco AMK Malaysia (Bertopi) bersama YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah yang juga Ketua AMK Batu Kawan



YB Ong Chin Wen bergambar dengan wakil AMK Nibong Tebal,Bukit Mertajam,Bayan Baru & Batu Kawan




Dr Mansor Othman sedang cuba menembak dengan senjata yang akan digunakan peserta sambil diperhatikan YB Law Choo Kiang serta YB Ong Chin Wen

Ada Berani?Mungkin itulah kata-kata Dr Mansor Othman kepada BN untuk PenantiSelepas selesai pertandingan sesi bergambar


Rizal Huzairi Timbalan SUK PKR Pusat bersama Jordan,Azrizal Ketua AMK Bayan Baru & Aidil

Nazri berbaju putih belang-belang merah biru langit Ketua AMK Balik Pulau

Kapten Kumpulan "20 september" daripada AMK Permatang Pauh sedang membocorkan sikit strategi macam mana nak menang...hehehe

Geng-Geng profesional 7 orang yang berjaya menembak mati 30 AMK dalam masa tak sampai 1/2 jam...kejam,mereka hanya 2 orang mati...waduh....hehehe

Rizal Abd Hamid Ketua kumpulan "Black Eyes" Naib Johan yang dimangsakan oleh Johan Kumpulan "20 September".Cekak pinggang,nanti kita jumpa lain...hehehe


Jordan,Aidil & syafiq mereka mendapat tempat ketiga


Datuk Seri Nizar Sah Menteri Besar Perak - malaysiakini







Salam Semua,aku menerima sms serta confirmation daripada Topeng Perak @ Perisik-Rakyat yang berada sekitar luar mahkamah tinggi bahawasanya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Menteri Besar Perak adalah SAH Y.A.B Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ianya telah diumumkan oleh Hakim Abdul Aziz.

P/s daripada matcomot : Zamry Kadir hari ini bertekad menjadi duta produk pemutih badan.

P/s aku pula : matcomot adalah agen rasmi produk tersebut.hehehe
Tambahan Daripada sms
Mahkamah Juga Memaklumkan Zamry Kadir (MB Haram bersama semua Exco beliau terlucut jawatan mereka serta merta).Dimaklumkan juga Y.A.B Nizar Jamaluddin akan bertemu segera Sultan Perak.
Related Posts with Thumbnails